redha

9:34 PM

rasa bersalah, 
perasaan yang datang tak berundang
tapi masih, ia tetap sentiasa muncul..
tak mengira waktu dan arena..

betapa banyak perkara memalukan  
telah aku coretkan dalam lembaran hidupku sehingga kini
malu..malu..malu..

disaat segalanya masih kesamaran
aku sentiasa..sentiasa ingin menjauh
aku mahu pergi dari semua orang yang mengenali diri ini
bukan, bukan aku tidak sayang, aku cuma mahu menjauh

aku mahu jadi aku yang sebetulnya aku
aku yang baru..aku yang berani, 
aku yang mampu dalam banyak hal

aku mahu jadi aku yang aku impikan..

mungkin, mungkin masih lama masa yang aku perlukan..
tapi tetap..aku mahu usaha, aku mahu meminta pada yang Esa..
kerana aku tahu, hanya Dia yang sentiasa mendengar, sentiasa ada untuk aku
tidak kira masa dan waktu..

melalui redha-Mu, 
akan ku redah segala cabaran, 
akan ku berusaha melupakan saat-saat menghibakan serta mengaibkan,
akan ku usaha menggapai kejayaan yang telah sekian lama aku impikan..
kejayaan dalam definisiku sendiri..
kejayaan yang sentiasa aku nantikan..

semoga aku berada di landasan redha-Mu Ya Rabb :'/


You Might Also Like

0 comments